Wednesday, December 9, 2009

Gundah

Salam.

Hari ini haru rabu, semalam selasa. Malam yang dipenuhi dengan kejutan, malam yang diratapi sendirian memikirkan tentang dia, tentang kita dan tentang mereka. Hati kita sayu untuk dia, hati kita bengang untuk dia tetapi mereka tidak pernah faham. Mereka tidak tahu apa yang terselindung. Kerana mereka tidak pernah cuba untuk memahami.

Dia pula begitu dan begini. Kita sendiri buntu untuk memikirkan tentang dia. Siapa dia dan apa yang dia mahukan? Serta kenapa dia lakukan perbuatan sedemikian. Terkejut atau mengejutkan? Kita penat dengan semua apa yang berlaku, kita kaget apabila semua ini menyebabkan kita merana. Kerana kita mahu ruang, masa dan mencari diri kita sendiri.

Jam 8 sebentar lagi, ujian. Ujian akademik. Jika dilihat sekarang, ujian akademik merupakan ujian paling senang antara ujian hidup. Ujian yang sudah punyai rujukan, sudah punyai cara malah sudah punyai guru untuk memastikan kita berjaya merentasi rintangan ujian ini.

Namun......