Wednesday, December 16, 2009

Erti Hidup Pada Memberi

Salam.

'Erti hidup pada memberi'. Sedikit demi sedikit konteks itu ak faham malah ak mula cuba menerapkan ' Life means giving'. Bukan setakat secara kehartaan, kebendaan malah ia hanya melibatkan segumpal darah serta 2 genggam otak bagi menzahirkan rasionaliti dalam menjalinkan hubungan tidak kira sama ada hubungan berkawan atau berkeluarga.

Terima kasih buat Ustaz Hasrizal a.k.a Saiful Islam yang menunjuk pandu arah dalam merealisasikan hidup tanpa pengharapan yang tinggi tetapi hidup bersama pemberian yang ikhlas. Hari ini kita sepatutnya sedar, kita telah dikurniakan pelbagai nikmat yang kalau ingin dihitung, maka tidak terkiralah nikmat yang kita perolehi.

Malah, siapa kita untuk meminta minta lagi setelah apa yang dipinta terhadap kita tidak kita tunaikan. Permintaan Nya tidak banyak, tidak susah malah segala permintaan Allah terhadap kita, semuanya akan menjanjikan kebaikan untuk kita.

No comments: