Thursday, December 31, 2009

2010 Menjelma

Salam.

Hari ini masih 2009. Masih punya kelas Kouyu sebelum Hanzi. Petang ini kosong. Malam ini juga. Masih belum fikir mahu buat apa petang dan malam ini. Tidak ada sebarang temu janji.

Esok 2010 menjelma. China juga bercuti. Tidak ada kelas Hanyu 4 jam. Mahu buat apa. Masih belum difikirkan. Solat Jumaat jangan lupa untuk ditunaikan.

Sekarang jam 1.25 petang. Masih belum solat Zohor. Mahu conteng di blog. Tadi di kelas, menghilangkan diri. Bukan jasad yang hilang, tapi fikiran. entah ke mana pergi tapi hilang. Mungkin memikirkan tentang 2010 yang akan datang. Memikirkan 2009 yang akan pergi.

No comments: