Thursday, December 31, 2009

2010 Menjelma

Salam.

Hari ini masih 2009. Masih punya kelas Kouyu sebelum Hanzi. Petang ini kosong. Malam ini juga. Masih belum fikir mahu buat apa petang dan malam ini. Tidak ada sebarang temu janji.

Esok 2010 menjelma. China juga bercuti. Tidak ada kelas Hanyu 4 jam. Mahu buat apa. Masih belum difikirkan. Solat Jumaat jangan lupa untuk ditunaikan.

Sekarang jam 1.25 petang. Masih belum solat Zohor. Mahu conteng di blog. Tadi di kelas, menghilangkan diri. Bukan jasad yang hilang, tapi fikiran. entah ke mana pergi tapi hilang. Mungkin memikirkan tentang 2010 yang akan datang. Memikirkan 2009 yang akan pergi.

Tuesday, December 29, 2009

Hari itu Hari Natal

Pix Biodata

Timelines : 25th December 2009

Location : Malai Er Ban de Jiaoshi

Candidates : Laoshi with Tong Xue Men

PS : Click image to enlarge




~N~

Self Sacrifice


Salam.

Hidup ini memerlukan pengorbanan. Mengorbankan diri sendiri untuk kebahagiaan orang lain. Mengorbankan orang lain untuk kebahagiaan diri sendiri. 2 subjek yang wujud untuk meratakan pengorbanan.

Ramai sahaja yang pentingkan diri sendiri, ramai sahaja yang mementingkan orang lain. Serta, wujudnya juga komuniti yang pentingkan orang lain sehingga memakan diri sendiri.

Bukan erti kata terpaksa tetapi kemahuan sendiri yang berkemahuan untuk melihat kebahagian orang lain kerana disangka akan dapat bahagiakan diri sendiri. Namun, wujudnya golongan yang apabila kebajikan orang lain yang dititikberatkan, diri sendiri terabai.

Mereka kadang-kadang akan merungut kenapa tidak dibalas tindakan mereka. Mereka yang merungut ini tidak sedar bahawa mereka lebih mementingkan diri sendiri apabila cuba untuk mengharapkan balasan daripada yang diberi sesuatu.

Namun, mereka gembira apabila melihat orang lain gembira. Yang mewujudkan masalah hanya perasaan mereka sendiri. Jadi, mereka sepatutnya abaikan perasaan mereka kerana itulah yang akan menghantui mereka selama mereka bersedih. Tidak begitu Fuzan?

Sunday, December 27, 2009

3

Salam.

3,2,1. Countdown sempena tahun baru dimulakan. Malas menghadapi tahun baru. Malas mengalami suasana baru. Yakinkah akan wujudnya sesuatu baru jika diri sendiri malas untuk menciptanya? :D

Azam 2009 sudah aku lupa, azam 2010 belum difikirkan. Huh! Kenapa cepat sangat masa berlalu. 1990 - 2010. Tahun depan, aku akan meniti usia puluhan.

Matangkah aku untuk mengharungi yang akan mendatang nanti? Sebentar. Mampukah?

Saturday, December 26, 2009

Kaca Mata


Salam.

Kaca mata. Penglihatan diperjelas. Gaya dianggunkan. Berada di Kota Beijing, melihatkan ramai penduduknya yang suka menggayakan cermin mata tanpa cermin, hanya berbingkai mata.

Namun, ramai pula yang pada asalnya perlu berkaca mata memilih untuk tidak memakainya. Kanta sentuh dicari. Sesetengah menyatakan kaca mata itu berat, ad juga yang mahu mata asalnya dipertonton dan secara majoritinya, mereka tidak suka berkaca mata.

Dunia ini sudah terbalik. Haha.

Bagi aku, berkaca mata lebih disukai kerana ia boleh menjadi salah satu aksesori pada bahagian muka. Bukan pada muka aku, tetapi pandangan terhadap orang lain. Aku lebih suka mereka yang berkaca mata daripada yang memakai kanta sentuh.

Alasannya? Bagi aku, perempuan yang memakai kaca mata, nampak lebih comel. Kot. huhu. Serta nampak lebih berintelektual. Kaca mata biasanya boleh menggambarkan personaliti seseorang mengikut jenis kaca mata yang dipilih mereka.

Sekarang Acu sudak tidak berkaca mata. Ia disebabkan matanya yang agak bermasalah. Seminggu lalu, Cu ada cuba untuk mengenakan kanda sentuh juga, namun bermasalah. Haha. Nasib baik Acu cakap, lebih elok kalau Cu berkaca mata. Terima kasih. =)

Di BFSU, ramailah juga yang mengenakan kanta sentuh. Jadi, untuk lebih istimewa, pakailah kaca mata. Hehe.

Post hari ini agak merapu sebab da lama x update blog ni. =p

Sunday, December 20, 2009

Gagal


Salam.

Pagi ini hambar. Kecewa. Mataku jelas hanya pada sebelah kiri jika tanpa berkaca mata. Kananku? Hilang. Sehelai membran terjatuh semasa dalam cubaan menyalitnya pada anak mata aku.

Baru sahaja semalam aku dapatkan retina mata tambahan. Aku hanya memakainya untuk beberapa jam. Sedih. Duit melayang. Mata rabun.

Apa kan daya. Terpaksa pasrah, dapatkan semula tambahan sebelah kanan. Pagi ini memang hambar! Ahadku akan terbuang begitu sahaja untuk melayan perasaan kehilangan mata tambahan. Huh!

Saturday, December 19, 2009

Kerinduan


Salam.

Pagi ini, hati ini amat merindui. Merindui keluarga tersayang. Ma, Abah, Long, Abe Yie, Haris n Hanis, Kak Na, Abe Din, Amad, Ayeh dan semestinya Adik. Gusar, hati ini betul-betul gusar apabila memikirkan tentang mereka. Kenangan bersama diimbas. Hati ini rindu. Hati ini mahu pulang.

25 Januari 201o, penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur, kemudiaanya akan pulang ke Kota Bharu. Tarikh keramat ini, bagi aku terlalu lambat untuk dinantikan. Silap aku juga berkeputusan untuk pulang lambat. Itupun disebabkan khabar angin 'Winter School Trip'. Haish! Tidak mengapalah asalkan dapat pulang.

Keluarga. Satu institusi keramat. Dalamnya wujud kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan. Sekarang betapa institusi ini dicalari oleh segenap ahlinya. Menyedihkan lagi, jika berkeluarga hanya berpautkan kepentingan masing-masing.

Apa yang lagi menyedihkan, pengabaian. Wujudnya manusia yang tidak mengaku ahli keluarga sendiri. Menzahirkan kebencian terhadap ahli keluarga. Alhamdulillah, dalam keluarga aku wujudnya konflik tetapi tidak mencapai tahap sebegitu. Insyaallah tidak akan pernah berlaku jika masing-masing tahu peranan sendiri.

Mind Our Own Business Before Other's

Salam.

Quote ini betul-betul aku amati kebelakangan ini sehinggakan menimbulkan persoalan pada diri sendiri. Aku ini penyibukkah? Salahkah untuk aku prihatin? Bukankah kita patut saling mengambil berat antara satu sama lain?

Orang cakap aku pandai manipulasi keadaan. Pandai Manipulasi situasi. Pandai Manipulasi perasaan. Orang juga risau jika aku betul punya kelebihan ini, aku mampu kawal hidup orang lain. Orang ini juga yang bagi aku, merasakan aku sudah manipulasi hidup dia. Walaubagaimanapun, aku tidak tahu ke arah yang lebih baik atau buruk.

Perkaranya, aku tidak pernah berniat untuk kawal sesiapa pun. Aku hanya tidak mahu melihat keadaan yang tidak indah di mata, tidak sedap didengar. Kalau tidak pernah mahu aku prihatin, luahkan sahaja.

Pernah juga soalan diajukan pada aku, 'Kamu kasihankan orang lain tetapi kamu pernah ke kasihankan diri sendiri?' Aku diam membisu. Aku kelu seribu bahasa. Aku akui aku jarang pertikaikan apa yang diri sendiri lakukan berbanding perbuatan orang lain. Namun, itu yang dapat memuaskan hati.

Puaskah? Kak Faizah pernah cakap 'If you don't care too much, then you would'nt hurt to much'. Dan dia betul-betul harap aku dapat aplikasikan pemikiran itu. Terima kasih buat Akak, saya akan cuba kerana sekarang hidup betul-betul berbeza. Betul, hidup ini terlalu kompleks jika itulah yang kita cuba lakukan, menyebatikan hidup kita dengan hidup orang lain.

Jika terlebih prihatin, disalah erti. Jika sebaliknya, dikata pentingkan diri sendiri. Jadi, sila berada di tengah-tengah ya Fauzan. Ketahuilah batas kamu dalam mengambil berat tentang masalah hidup orang lain. Masalah sendiri sudah selesai ke?

~Clear Your Path With Joy~

Thursday, December 17, 2009

1431H


Salam.

Hari ini merupakan tahun baru bagi umat Islam. Genap 1431 selepas tahun pertama hijrah. Semoga semua maju dengan selamat dan jayanya disertakan dengan semangat dan azam baru. Semoga tahun baru diberkati ALLAH S.W.T..

Wednesday, December 16, 2009

Erti Hidup Pada Memberi

Salam.

'Erti hidup pada memberi'. Sedikit demi sedikit konteks itu ak faham malah ak mula cuba menerapkan ' Life means giving'. Bukan setakat secara kehartaan, kebendaan malah ia hanya melibatkan segumpal darah serta 2 genggam otak bagi menzahirkan rasionaliti dalam menjalinkan hubungan tidak kira sama ada hubungan berkawan atau berkeluarga.

Terima kasih buat Ustaz Hasrizal a.k.a Saiful Islam yang menunjuk pandu arah dalam merealisasikan hidup tanpa pengharapan yang tinggi tetapi hidup bersama pemberian yang ikhlas. Hari ini kita sepatutnya sedar, kita telah dikurniakan pelbagai nikmat yang kalau ingin dihitung, maka tidak terkiralah nikmat yang kita perolehi.

Malah, siapa kita untuk meminta minta lagi setelah apa yang dipinta terhadap kita tidak kita tunaikan. Permintaan Nya tidak banyak, tidak susah malah segala permintaan Allah terhadap kita, semuanya akan menjanjikan kebaikan untuk kita.

Monday, December 14, 2009

Esok

Salam.

Esok 15 Desember 2009. Hanya tinggal 16 hari lagi sebelum 1 Januari 2010. 2010, yang angka 1 mula mendekati angka 2. Sekejap benar masa ini berlalu. Bukan sekadar sekelip mata, malah bagai merentasi bunyi dan cahaya.

19 tahun sudah aku lalui dengan citrawarna hidup. Ada ketika warnanya terang, ada ketika warnanya suram malah ada ketika warnanya hanya hitam. Namun setiap warna yang mencalit hidup kita itulah yang menjadi berus kepada kita untuk terus melakar lukisan hidup kita.

Di Kota Beijing, aku terkadang mengenangkan segala apa yang berlaku dan dilakukan ketika mana masih di Malaysia. Jika ingin diungkapkan, maka 1001 halangan akan ku cari untuk tidak menceritakan perihal yang berlaku.

Yang mana aku tahu, jika aku ungkapkan sesuatu yang sudah selesai, sudah berlalu, maka ada sahaja yang akan memikirkannya kembali dan tidak mustahil bagi sesuatu sejarah itu akan kembali menjenuhkan perasaan ini.

Lainlah jika apa yang diungkapkan hanyalah kenangan indah yang mampu membuatkan kita semua tertawa mengenangkan kembali semua itu. Maka, tidak perlulah semua yang buruk itu diluahkan kerana mengungkapkan kebahagian akan mendatangkan kebahagiaan yang akan diingati dan kegembiraan dapat diulit dari kenangan itu.

Friday, December 11, 2009

Acuh Tak Acuh

Salam.

Hari ini dapat keputusan ujian. 85.3. Lu Laoshi cakap aku patut dapat lebih daripada yang itu. Katanya, aku belajar bagus cuma apabila kuiz dan ujian, buat sambil lewa. Markah Hanyu 38.5. Lu Laoshi cakap sepatutnya aku dapat melebihi 40. Dek kecuaian aku, dapat lah markah sebanyak itu.

Awal pagi ini hati ku ke awanan melihat langit yang cerah namun apabila setelah mendapat markah ujian, hatiku kecewa. Hanya tinggal 1 lagi ujian. Ujian terakhir buat semester pertama ak di Beijing. Ujian terakhir sebelum pulang ke Malaysia.

Semua, berusahalah untuk yang terbaik!

Thursday, December 10, 2009

Wednesday, December 9, 2009

Ujian hari ini tamat jam 11.20. Pulang dari kelas terus menuju ke restoran mengisi perut. Pulang ke bilik tidur sejenak. Terjaga setelah terdengar bunyi pintu dibuka. Mengantuk.

Telefon bimbit dicapai. Mengantuk lagi. Selimut ku capai menyelubungi badan. Malaysia, Mekah, Beijing. Lokasi demi lokasi. Main bola? Menghairankan. Aku sedar aku dah lama tak hasilkan peluh dari badan. Beijing makin sejuk. Musim sejuk sekali lagi menghampiri.

Bak kata status YM Mat ' As cold as heart'. Hati ini juga sejuk. Hati ini mahu ketenangan. Hati ini tidak perlu dihangatkan. Tidak perlu disediakan 'heater' untuknya. Hati ini hanya mahu rehat.

Rehat, rehat dan rehat.

Gundah

Salam.

Hari ini haru rabu, semalam selasa. Malam yang dipenuhi dengan kejutan, malam yang diratapi sendirian memikirkan tentang dia, tentang kita dan tentang mereka. Hati kita sayu untuk dia, hati kita bengang untuk dia tetapi mereka tidak pernah faham. Mereka tidak tahu apa yang terselindung. Kerana mereka tidak pernah cuba untuk memahami.

Dia pula begitu dan begini. Kita sendiri buntu untuk memikirkan tentang dia. Siapa dia dan apa yang dia mahukan? Serta kenapa dia lakukan perbuatan sedemikian. Terkejut atau mengejutkan? Kita penat dengan semua apa yang berlaku, kita kaget apabila semua ini menyebabkan kita merana. Kerana kita mahu ruang, masa dan mencari diri kita sendiri.

Jam 8 sebentar lagi, ujian. Ujian akademik. Jika dilihat sekarang, ujian akademik merupakan ujian paling senang antara ujian hidup. Ujian yang sudah punyai rujukan, sudah punyai cara malah sudah punyai guru untuk memastikan kita berjaya merentasi rintangan ujian ini.

Namun......

Tuesday, December 8, 2009

Bayangan


Bersembunyi di balik bayangan sendiri.

Mencari ketenangan.

Meneroka keindahan.


Meniti titian impian.


Ke arah mencapai kejayaan.

考试


Salam dan selamat sejahtera.

Esok peperiksaan ketiga. Malas, penat, mengantuk. Itulah perasaan untuk menghadapi ujian. Perasaan yang tak pernah lekang dari zaman sekolah, zaman UIA dan sekarang. Lumrah hidupkah? Haha.

Sekarang di UIA pun sedang berlangsungnya minggu ujian. Selamat menghadapi ujian buat Acu, Jibuys sekalian, Solo, Refflesia dan semua.

Semua pasti mahu terus maju dengan jayanya.


祝你幸运!

Sunday, December 6, 2009

Gitar



Mazlan Za'ba.

Gitar.

Key.




Ke Lowyat untuk membaiki telefon,
Singgah sebentar di Sport City,
Espirit kami kunjung tidak bersama telefon,
Semua terus ke Hell City.


Merancang

Hari ini hari Ahad.


Teringatkan rancangan melancong di Malaysia.


Pulau Tioman.


Island Reef Resort.


Ahli-ahli.


Tarikh.


Februari.


Moga yang dirancangkan ditentukan dengan baik.

Saturday, December 5, 2009

Ujian




"Bertemu tidak jemu, Berpisah tidak gelisah"



Joy



Bak kata Boni ' Enjoy each moment of your life'



Thank You Allah

This is one of the nicest mails I have seen and is so true:
I dreamt that I went to Heaven and an angel was showing me around. We walked side-by-side inside a large workroom filled with angels.
My angel guide stopped in front of the first section and said, "This is the Receiving Section. Here, all petitions to Allah said in prayer are received."
I looked around in this area, and it was terribly busy with so many angels sorting out petitions written on voluminous paper sheets and scraps from people all over the world.
Then we moved on down a long corridor until we reached the second section.
The angel then said to me, "This is the Packaging and Delivery Section. Here, the graces and blessings the people asked for are processed and delivered to the living persons who asked for them."
I noticed again how busy it was there.
There were many angels working hard at that station, since so many blessings had been requested and were being packaged for delivery to Earth.
Finally at the farthest end of the long corridor we stopped at the door of a very small station. To my great surprise, only one angel was seated there, idly doing nothing.
"This is the Acknowledgment Section,"
My angel friend quietly admitted to me. He seemed embarrassed "How is it that? There's no work going on here?" I asked.
"So sad," the angel sighed. "After people receive the blessings that they asked for, very few send back acknowledgments.
"How does one acknowledge Allah's blessings?" I asked.
"Simple," the angel answered.
"Just say, "Thank you, Allah."
"What blessings should they acknowledge? "
I asked.

"If you have food in the refrigerator, clothes on your back, a roof overhead and a place to sleep you are richer than 75% of this world.” If you have money in the bank, in your wallet, and spare change in a dish, you are among the top 8% of the worlds wealthy people.
"And if you get this on your own computer, you are part of the 1% in the world who has that opportunity."

Also .....
"If you woke up this morning with more health than illness .... you are more blessed than the many who will not even survive this day.

"If you have never experienced the fear in battle, the loneliness of imprisonment, the agony of torture, or the pangs of starvation .. you are ahead of 700million people in the world.

"If you can attend a prayer meeting without the fear of harassment, arrest, torture or death you are envied by, and more blessed than, three billion people in the world."
If your parents are still alive and still married
..you are very rare.

If you can hold your head up and smile, you are not the norm, you're unique to all those in doubt and despair.

" Ok, what now? How can I start?
If you can read this message, you just received a double blessing in that someone was thinking of you as very special and you are more blessed than over two billion people in the world who cannot read at all.

Have a good day, count your blessings, and if you want, pass this along to remind everyone else how blessed we all are.

Attn: Acknowledgment Dept:
"Thank You Allah! Thank you Allah, for giving me the ability to share this message and for giving me so many wonderful people to share it with".

Sumber : Amal's

Declaration Of Financial Statement


Perjanjian Program Disiplin Kewangan dan Kesihatan

1. Seminggu boleh makan makanan restoran sekali sahaja. Unless, kalau ada persetujuan.

2. Tidak ada Kompromi.

3.Tidak ada makanan tambahan kecuali buah-buahan

4. Sehari maksimum boleh belanja 15 yuan sahaja.

5. Masak sesuatu makanan tuh sampai muak, baru tukar menu.
- lauk satu & nasi
- tak ada tambahan lauk

6. Tingkatkan kualiti, kurangkan kuantiti
- Sayur
-Buah-buahan

* Perjanjian ini bertahan sehingga pulang ke Malaysia dan sehingga elaun masuk
* Kalau langgar perjanjian, kena bayar 5 yuan.


* Perjanjian ini ditandatangan oleh Fuzan dan Diyana
*Mendapat sambutan oleh ahli rumah kebajikan Diyana
* Ahlinya : Fali, Zarina, Amal, Anas, Yusra, Nabila, Pka, etc.

Friday, December 4, 2009

Malam

Salam dan selamat sejahtera.

Semalam, aku menjenguk ke luar lagi untuk menatap keindahan bulan. Namun bulan semalam agak malap tidak seperti malam sebelumnya. Aku turun ke bawah jam 8 dan bersama Zarina dan Wani, kami bertiga bercerita tentang bulan.

Aiskrim dibeli di 'Student Shop', dimakan di bilik Zarina. Bercerita tentang Bulan yang menerangi hati aku, menyinari hari-hari ku. Kemudiaanya Diddy mnenerpa ke bilik tersebut untuk menuntut janji kami untuk menghafal Dialog bersama-sama di bawah bulan.

Sekali lagi kami keluar untuk sama-sama menghafal dialog di bawah sianaran bulan. Yakult, Ritz menjadi peneman selera kami yang kesejukan.

Bulan, bulan dan bulan. Hanya itulah yang mampu menerangi kegelapan hati sekarang dan mengaharapka bulan itu tidak pernah malap malah diharap semakin menerangi hati ini.

~Terima kasih buat Wanni, Diddy dan Zarina~

Thursday, December 3, 2009

Teh O Ais Limau

Salam dan sejahtera.

Minuman ini mengingatkan ak tentang last moment ak di Nilai yang mana sekali lagi ia berulang di Kota Beijing. Aku mengharapkan perkara seperti itu tidak lagi berlaku namun ia datang sekali lagi dengan lagi gentir.

Susah untuk aku rencanakan tentangnya kerana ia betul-betul menggamit perasaan serta ego sendiri. Tapi, tipulah jika aku kata yang aku mampu untuk benci seseorang yang mana digelar 'sahabat'.

Keadaan sekarang betul-betul membuatkan aku lemah untuk menghadapi wajah yang akan sentiasa berada di celah-celah pandangan mata. Sukar untuk aku hadapi apabila benci yang diharapkan.

Aku kaget~

Bulan

Salam dan selamat sejahtera.

Bulan. Pos kali ini menunjukkan bahawa diri ini ketagih dengan keindahan bulan. keindahan malam. Semalam di Kota Beijing, ku renung bulan dari jendela B305 dengan hati yang terang diterangi terang bulan.

Hatiku terpegun melihat ciptaan Nya, Yang Maha Kuasa. Betapa hati ini juga rindu untuk merenung bulan dari rumah, dari sekolah malah dari UIA.

Rakan sekelas aku mula mengetahui betapa aku mengagumi bulan. Aneh tapi itu lah yang berlaku. Wani mula memanggil ak Bulan. Erk..!

Malam ini aku menantikan kehadiran bulan lagi. ^_^


Sumber : Yahoo!