Saturday, November 28, 2009

Pengorbanan itu Penyucian

Salam dan selamat sejahtera..
cukup 10 Zulhijjah, umat Islam akan meraikan salah satu perayaan yang amat penting yakni Hari Raya AidilAdha yang mana pada tarikh tersebut lah juga berlaku nya peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Kami di Beijing juga tidak lupa untuk meraikan perayaan ini. Hari ini kebanyakan pelajar Malaysia berbaju Melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan ke kelas. Disertakan bersama pos ini foto pelajar Malai Yi Ban pada pagi hari di kelas.

Pada malam tadi, kami bertakbir beramai-ramai di bilik besar di tingkat empat.

No comments: