Sunday, November 29, 2009

Genap 3 Bulan

Salam dan selamat sejahtera.

Hari ini 29 Novermber 2009. 29 menjadi tarikh keramat buat kami, pelajar batch ke 2 MARA tiba di Kota Beijing yang ketika itu dilanda musim luruh. Sepanjang 3 bulan di sini, bagi aku memang mencabar. Cabaran emosi serta fizikal tapi cabaran emosi lah yang paling nyata apabila berada di rantauan.

Antaranya, cabaran merindui, cabaran berkomunikasi serta cabaran mengalah. Apabila kita bercakap mengenai kerinduan maka terlintaslah di fikiran mengenai ' Homesick', sahabat serta ada yang merindui kekasih hati masing-masing.

Kadang kala kami diuji antara satu sama lain di sini sehingga menyebabkan mana-mana yang tertentu akan terasa dan betul-betul tersinggung dek kelakuan masing-masing. Masih belum dinyatakan tentang permasalahan yang melibatkan mana-mana anggota diri di Malaysia. Namun kami haruslah sedar dan tahu siapa diri kita sebenar pada mata masing-masing kerana itu lah yang membolehkan kita mengalah.

3 bulan berada di Kota Beijing juga menggamitkan perasaan kami semua. Menggembirakan hati kita, memeriahkan suasana dan menghindar kesedihan yang melanda.

Diuji, itulah perkataan yang paling sesuai atas semua cabaran yang kami semua hadapi. Kata Abah 'Allah tidak akan uji hambanya jika hambanya itu tidak mampu'. Maka atas segala ujian yang melanda ini lah yang menunjukkan bahawa kita semua boleh menghadapinya dengan jiwa yang kental serta pemikiran yang matang.

No comments: