Sunday, November 22, 2009

Datang dan Pergi

Apa guna datang kalau mahu pergi. Tapi jika kita tengok pada setiap keadaan, ada guna dan pengajaran setiap sesuatu itu datang dan pergi. Ia mengajar kita bahawa setiap apa yang ada di muka bumi ini tidak pernah kekal dan tidak akan berada dalam tangan kita buat selamanya.

Setiap yang datang mampu sama ada menggembirakan atau menyedihkan kita, tapi pada setiap itu, wujud nya hikmah. Dengan hikmah itu, kita sebagai manusia mampu menilai setiap perkara, mampu mematangkan diri, mampu menjadikan jiwa kita lagi kuat apatah lagi dalam menangani tiap kesengsaraan yang datang serta kegembiraan yang akan pergi.

Manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang diperoleh, hati sentiasa menginginkan apa yang dikehendaki. Mereka sentiasa memikirkan cara untuk menepis segala yang menjadi persoalan serta cara untuk memuaskan hati diri sendiri. Walhal hati ini akan benar-benar puas setelah hati ini betul-betul rapat dengan ALLAH.

Manusia sering lupa, sering alpa dan sering tertanya-tanya tentang apa yang dihadapi oleh mereka. Mereka tidak pernah tanya pada diri sendiri tentang kesalahan sendiri, dosa yang dilakukan. Ini kerana mereka semakin tidak sedar bahawa dosa yang menjauhkan diri mereka dari Yang Maha Kuasa itulah yang menghadirkan kesengsaraan yang dihadapi.

Jadi, mulai detik sekarang sehingga detik yang akan datang, kita semua perlu bermuhasabah diri, memikirkan kesan yang akan datang, serta baik buruk yang sedang kita lakukan kerana dengan bermuhasabah diri akan membutakan nafsu, membuka mata hati kita.

1 comment:

aiman ariff said...

good things won't last forever