Monday, November 30, 2009

Terima Kasih

Salam dan selamat sejahtera.

Pos kali ini merupakan ucapan terima kasih buat semua yang menyokong serta yang berada di sisi diri ini. Hati ini tidak mampu menangai semua masalah jika kamu semua tidak bersama, tidak menyokong serta menidakkan kelemahan diri ini.

Sekalung terima kasih buat Keluarga Tercinta (Abah, Ma, Long, Abe Yie, Kak Na, Abe Din, Amad, Kak Hanim, Ayeh, Adik n Haris Hanis) kerana sentiasa mendoakan kesihatan serta kejayaan Ajan di Beijing.

Terima kasih juga buat Acu, yang selalu memberi kata semangat serta nasihat yang membuatkan jiwa ini terus kental menghadapi permasalah kebalakangan ini.

Serta kawan-kawan di Kota Beijing terutama Malai Yi Ban de TongXue (Luqman, Boniface, Fali, Anas, Syafiqah, Fatihah, Amalina, Wanni, Diyana, Yusra, Syafiqah n Nabila) kerana selalu bersama memberi harapan supaya tidak putus asa.

Terima kasih buat semua..!

Sunday, November 29, 2009

Genap 3 Bulan

Salam dan selamat sejahtera.

Hari ini 29 Novermber 2009. 29 menjadi tarikh keramat buat kami, pelajar batch ke 2 MARA tiba di Kota Beijing yang ketika itu dilanda musim luruh. Sepanjang 3 bulan di sini, bagi aku memang mencabar. Cabaran emosi serta fizikal tapi cabaran emosi lah yang paling nyata apabila berada di rantauan.

Antaranya, cabaran merindui, cabaran berkomunikasi serta cabaran mengalah. Apabila kita bercakap mengenai kerinduan maka terlintaslah di fikiran mengenai ' Homesick', sahabat serta ada yang merindui kekasih hati masing-masing.

Kadang kala kami diuji antara satu sama lain di sini sehingga menyebabkan mana-mana yang tertentu akan terasa dan betul-betul tersinggung dek kelakuan masing-masing. Masih belum dinyatakan tentang permasalahan yang melibatkan mana-mana anggota diri di Malaysia. Namun kami haruslah sedar dan tahu siapa diri kita sebenar pada mata masing-masing kerana itu lah yang membolehkan kita mengalah.

3 bulan berada di Kota Beijing juga menggamitkan perasaan kami semua. Menggembirakan hati kita, memeriahkan suasana dan menghindar kesedihan yang melanda.

Diuji, itulah perkataan yang paling sesuai atas semua cabaran yang kami semua hadapi. Kata Abah 'Allah tidak akan uji hambanya jika hambanya itu tidak mampu'. Maka atas segala ujian yang melanda ini lah yang menunjukkan bahawa kita semua boleh menghadapinya dengan jiwa yang kental serta pemikiran yang matang.

Saturday, November 28, 2009

Pengorbanan itu Penyucian

Salam dan selamat sejahtera..
cukup 10 Zulhijjah, umat Islam akan meraikan salah satu perayaan yang amat penting yakni Hari Raya AidilAdha yang mana pada tarikh tersebut lah juga berlaku nya peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Kami di Beijing juga tidak lupa untuk meraikan perayaan ini. Hari ini kebanyakan pelajar Malaysia berbaju Melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan ke kelas. Disertakan bersama pos ini foto pelajar Malai Yi Ban pada pagi hari di kelas.

Pada malam tadi, kami bertakbir beramai-ramai di bilik besar di tingkat empat.

Monday, November 23, 2009

Mencari Erti

Kenapa begini dan begitu? Itulah persoalan yang tidak putus-putus mengenai hidup masing-masing. Apabila keperitan hidup tidak juga mengajar kita mengenal erti hidup yang seharusnya kita jalani, maka kita sebenarnya terlalu sombong untuk menghadapi permasalahan, barangkali bukan sombong tapi jiwa yang lentur, minda yang kaku mematikan segala zarah sesal.

Mencari erti hidup amat sukar buat insan yang memikirkan dirinya tiada guna, tiada makna, malah mengatakan diri sendiri bodoh diulit angan-angan. Menyedari begitu, insan tersebut masih lagi mahu angan-angan membawanya ke alam yang lebih jauh, alam yang lebih sengsara, bahkan alam menyesatkan! Kerana baginya, angan-angan itulah yang memakunya ketika jatuh, memapahnya ketika lemah tapi dirinya tidak pernah sedar bahawa angan-angan itu akan lesap sekali dia bukakan mata hatinya.

Sekali mata hati dibuka, maka disedarinya dunia ini betul-betul tidak adil, dunia ini terlalu kejam dan ketidakmatangan melanda diri menyebabkan segala hidupnya haru biru memikirkan betapa kenyataan itu menyakitkan hati, merobek jiwa. Apabila diri cuba untuk menenunaikan angan-angan sebelum ini, maka kecewa yang diperoleh akibat diri masih belum mempunyai minda yang matang, hati yang cekal untuk menempuh rintangan.

Namun pun begitu, sekali rebah bukan bererti diseret, bukan bererti jatuh dan terus jatuh, melainkan yang rebah dan jatuh mahukannya seperti begitu. Setiap makhluk dicipta akan jatuh, akan rebah, bagi menyedarkan masing-masing bahawa hidup ini bukan untuk jatuh tapi untuk terus berdiri dan jika sesekali jatuh, lekas mampu berdiri semula. Ia hanya bergantung kepada kekuatan diri serta kecekalan hati yang ada disertakan doa terhadapNYA.

Sunday, November 22, 2009

Datang dan Pergi

Apa guna datang kalau mahu pergi. Tapi jika kita tengok pada setiap keadaan, ada guna dan pengajaran setiap sesuatu itu datang dan pergi. Ia mengajar kita bahawa setiap apa yang ada di muka bumi ini tidak pernah kekal dan tidak akan berada dalam tangan kita buat selamanya.

Setiap yang datang mampu sama ada menggembirakan atau menyedihkan kita, tapi pada setiap itu, wujud nya hikmah. Dengan hikmah itu, kita sebagai manusia mampu menilai setiap perkara, mampu mematangkan diri, mampu menjadikan jiwa kita lagi kuat apatah lagi dalam menangani tiap kesengsaraan yang datang serta kegembiraan yang akan pergi.

Manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang diperoleh, hati sentiasa menginginkan apa yang dikehendaki. Mereka sentiasa memikirkan cara untuk menepis segala yang menjadi persoalan serta cara untuk memuaskan hati diri sendiri. Walhal hati ini akan benar-benar puas setelah hati ini betul-betul rapat dengan ALLAH.

Manusia sering lupa, sering alpa dan sering tertanya-tanya tentang apa yang dihadapi oleh mereka. Mereka tidak pernah tanya pada diri sendiri tentang kesalahan sendiri, dosa yang dilakukan. Ini kerana mereka semakin tidak sedar bahawa dosa yang menjauhkan diri mereka dari Yang Maha Kuasa itulah yang menghadirkan kesengsaraan yang dihadapi.

Jadi, mulai detik sekarang sehingga detik yang akan datang, kita semua perlu bermuhasabah diri, memikirkan kesan yang akan datang, serta baik buruk yang sedang kita lakukan kerana dengan bermuhasabah diri akan membutakan nafsu, membuka mata hati kita.

Monday, November 16, 2009









Daerah Anhui Kita Jajah (Part 3)

Hari ketiga merupakan hari kemuncak buat semua peserta yg mn kami semua sertai Festival jalan kaki sejauh 5 kilometer. Perjalanan ak pd pagi 2 amat menyeronokkan walaupun memenatkan. Makanan tengah hari pd hari itu amat menyelerakan. Barang kali sebab perut yg lapar, badan yg penat dan minda yg lemah. :)

Kemudiaan nya, kami menaiki bot ntuk ke padang golf, rumah monyet dan pulau kelahiran. Penat menyusuri, sejuk menerpa.

Pd mlm nya, selepas mkn mlm, kami mnyertai parti kecil. Jagung, ubi, ikan dibakar lagu dikarokkan. Ak terpaksa pulang dlm kesejukan tnpa winter cloth ak sebab Fadiya x sihat, maka ak bg dia winter jacket ak.

Pulang nya mlm 2, cerekarama n diskusi berlangsung, yg mn hnya sebilangan dr kami saja yg mngtahui nya. Kemudian, semua pulang ke blik untuk rehat kerana esok kami dijanjikan ntuk mendaki Huangshan.






Daerah Anhui Kita Jajah (Part 2)

Jam 6.30, kami tiba di stesen yg xktahui dan mula berjalan kaki untuk ke bas mengikut kelas masing2. Malai yi ban serta Malai er ban bersama dlm bas yg sama. Aku sperti bease duduk bersama Boni a.k.a Senah.

5 jam perjalanan kami tempuhi, kelaparan, tidak kehausan, tapi tetap mahu ke tandas akibat kesejukan. Lena diulit goncangan bas membuatkan tiap org sakit badan. Hatiku pd hari itu serba resah, serba gelisah akibat hal yg berlaku dlm bas.

Setibanya di tempat mkn, kami semua mnjamu selera, yg mn ak hanya mnjamah nasi dan ikan. Pd ptangnya kami rehat dan mkn mlm.

Mlm nya, kami diminta ke dewan ntuk reheasal ntuk hari esok iaitu ntuk Festival Berjalan kaki ke 4 Tasik Taiping. Selesai sudah reheasal, masing2 pulang ke blik ntuk rehat.






~N~

Daerah Anhui Kita Jajah (Part 1)

Salam..

Sekitar jam 7.30 mlm, aku bersama student lain menunggang bas untuk ke stesen Kereta Api Tanah Beijing. 20 minit dlm bas disertakan hingar bingar suara didenndangkan membuatkan ak makin x sabar untuk terus tiba di Anhui.

Setibanya di stesen KTB, tiket dibahagikan oleh Lu laoshi kpd setiap seorg. Aku bersama Luqman, Boniface, Johan, Farid dan Anas dpt 1 blik yg sama.

Tepat jam 9.57, kereta api kami menyusuri rail nya. Riuh rendah basah lidah dlm gerabak kami disertakan hilai tawa semua org. Makanan yg dibekalkan setiap org mula dibuka dan dibahagikan. Aku bersama yg lain menjamu selera jam 10 mlm dan kemudian nya masing2 wat hal masing2. Ada yg tidur, bercekerama, berborak-borak serta merokok. Aku tidur selepas diminta tidur oleh Laoshi.




~N~

Saturday, November 7, 2009

Pix Biodata

Timelines : 11th November 2009

Location : MuTianYu Great Wall

Candidates : Fuzan and Da Gang

PS : Click image to enlarge









~N~

Tapak Kaki Ku Di Tembok Besar

Tepat jam 3.13, kami tiba di Beiwai setelah keletihan memanjat TB, langkahku dipendekkan bersama Diddy, Syafiqah dan Fadiya setelah Diddy kepenatan di ambang memanjat TB.

Pringles serta sandwich dijamah di pit-stop bersama Abang Man dan Abang Amin akibat perut yg lapar jenuh menunggu tibanya jam 1.

Turun ke bawah, Liwu dicapai dan di runding harga nya untuk kerabat serta teman di Malaysia. Agak tidak berpuas hati kerana harga yang dirunding tidak dapat dipermurah tapi tak mengapa, sedekah bak kata Ma :)

Menaiki bas bersama-sama dan tertido dek kepenatan dan tiba di Beiwai jam 3.13.

Tembok Besar Kita Pergi

Salam dan selamat sejahtera..

Tepat jam 8.20, kami dikehendaki berkumpul di hadapan Hong Mankou, atas alasan (alasan ke?) untuk ke Tembok Besar China, secara Nasraniah nya dipanggil The Great Wall of China. Kami akan berkunjung ke Mutianyu, salah satu daripada bahagian TB.

Hidangan tengah hari tidak disediakan secara percuma tetapi, beruntunglah aku kerana bersama-sama Geng Bas Sekolah :)

Sekarang jam 7.37, yang mana aku masih lagi belum memikirkan tentang pakaian yang akan disauk oleh ak sekejap lagi kerana winter cloth aku agak besar, bak kata klasmate aku, aku smakin kurus so pakaian x muat da.. huhu

Btw..
GtG sbb nk pkir nk pnjam ng sape winter coat nant.. uhu

Sunday, November 1, 2009

Kesaljian di Kota Beijing

Pix Biodata

Timelines : 1st November 2009

Location : BeiWai

Candidates : Fuzan

PS : Click image to enlarge






~N~