Tuesday, August 18, 2009

KTM

Kesengalan sistem KTM Komuter pada 17 Ogos telah berjaya menyebabkan para pengguna lewat untuk ke destinasi masing-masing. Hal ini telah disaksikan apabila salah seorang daripada mereka, Poje telah menunggu Komuter selama hampir sejam untuk hanya ke KL Sentral dari Mid Valley. Kata beliau ' Saya dok reti nok naek bah g kl sentere, sy tggu ktm lamo gitumo, perah sayo..! ' Rintih beliau.

Jika hal sedemikian terus berpanjangan, dalam erti kata tren rosak, kegagalan tren dan sebagainya boleh menyebabkan industri pelancongan turut terjejas. Ia kerana terdapat juga beberapa orang asing yang baru saja ingin pulang ke Hotel masing-masing menyuarakan ketidakefisen sistem Komuter ini. Jan memohon agar pihak bertanggungjawab mula mengambil tindakan lanjut atas kegagalan sistem ini. Katanya lagi ' Last week, I am dissapointed with this KTM Komuter as its inconvenient really caused me troubles as the train broke down at Kajang station'.

Jadi, saya sebagai Rakyat Malaysia dan pengguna KTM Komuter amat berharap agar sistem KTM Komuter dibaikpulih dan lebih dimantapkan agar sistem transportasi di Malaysia lebih efisen.

No comments: