Monday, July 13, 2009

Selamat Pagi

Salam..

13 Julai 2009, hari aku terpaksa ke Medan Mara untuk menyertai program Biro TataNegara sebagai syarat untuk ke Beijing. Agak kecewa sebab sudah perlu untuk meninggalkan Nilai buat masa yang agak lama iaitu selama seminggu. Agak berat di hati untuk meninggalkan tempat ini walau untuk seketika.

Aku hari ini bermula dengan mood yang agak menyedihkan dalam erti kata merindui dan akan merindui seseorang yang aku kira lebih daripada seorang kawan walau baginya aku hanya seorang kawan. Aku memang selalu tersilap menaruh harapan pada tiap yang aku memerlukan.

Bagi aku, tempoh bersama tidak menjadi kayu ukuran bagi sesuatu hubungan kerana ia mungkin mengambil masa beberapa minit untuk memulakan hubungan dan menamatkan perang dan mungkin juga selama beberapa hari, minggu, bulan serta tahun.

Harap masih ada sinar di hatimu....

Frustrated

2 comments:

faizah said...

i believe in senioriti...
time is the best solutionto measure the relationship

Fauzan said...

i see..