Friday, July 10, 2009

Jiwa Raga Suci

Salam..

'Tiap manusia tidak akan terlepas daripada membuat kesalahan'.

Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Siapa salah?

Jika hari ini kita bercakap tentang kejatuhan akhlak dalam kalanagn remaja, maka timbullah beberapa pihak yang dipersalah. Antaranya ibu bapa, penjaga, guru, malah remaja itu sendiri. Ia bergantung pada kita untuk menilai siapakah yang patut dipersalah dan patut memikul tanggungjawab tersebut dalam menangani isu masalah kejatuhan akhlak mereka. Namun, semua pihak dikatakan harus untuk mengambil langkah-langkah dalam meminimumkan masalah ini.


Berhakkah pengampunan dan penerimaan semula?

Bagi aku, mereka patut diberikan pengampunan dan diterima semula secara keseluruhan apabila mereka mula sedar akan kesalahan mereka dan cuba untuk berubah. Mungkin apa yang berlaku di luar jangkaan kita semua kerana kehidupan semasa alam remaja merupakan kehidupan yang paling mencabar dan tatkala usia ini merupakan usia membesar, ada pula pihak yang lahanat cuba untuk merosakkan minda serta mental para remaja. Kita sebagai manusia juga haruslah cuba untuk menerima mereka dan tolong mereka untuk memadamkan memori silam mereka yang bergelumang dosa dan kejahilan.


'Do believe us!!'

No comments: