Wednesday, June 24, 2009

Bangun2

Bangun2..!!
Kata nak sahur, nak puasa. Askor, Yutt, Harith dikejutkan aku untuk bersahur. Roti berinti Kaya serta Mi Segera Super Perisa Kari kami jamahi kecuali Harith yang degil tak mahu bersahur. Hari ni hari pertama ak berpuasa sunat untuk tahun ni bersamaan 1 Rejab.

Bangun2..!!
"Subuh dah lambat" suara menerpa tatkala sedang mengejutkan kawan sebilik aku. Susah bebenor kan nak bangun subuh. Aku sendiri sudah tertinggal banyak kali. Adoi. Moga2 Allah permudahkan diri ini serta kawan2 untuk mendirikan ibadah wajib malah sunat sekali.

Bangun2..!!
Kelas Writing jam 8 pagi. Awal kan. Aku tak pergi kelas pulak hari ni sebab tak tidur semalam + malas sebab nak drop da. Huhu. Insyaallah minggu depan, akan aku hadirkan diri untuk bertemu mata semua pendidik aku.


Bangun2..!!

No comments: