Saturday, June 13, 2015

Filem Yang Memberi Inspirasi #1


Gladiator (Swordsman)

Filem yang berlaku pada zaman tamadun Roman, menceritakan Maximus seorang general yang berjaya memenangi perang yang lama berlaku antara Roman dan German.

Setelah perang panjang, apa yang Maximus mahu hanya persaraan dan pulang ke kampungnya untuk bersama keluarganya.

Namun hasrat Maximus terkubur apabila Commodus (anak kepada Aurelius iaitu raja roman ketika itu) telah membunuh ayahnya dan memperoleh takhta sebagai raja Roman, dan mengarahkan supaya Maximus dibunuh kerana risau akan kuasa dan pengaruh serta kesetiaan Maximus kepada Aurelius.

Paling menyayat hati adalah anak dan isteri Maximus juga diarah bunuh dan dibakar. Maximus yang berjaya melarikan diri daripada dibunuh, ketika tiba di kampungnya, hanya mampu meratap di sisi mayat anak dan isterinya yang dibunuh, dibakar dan digantung. Maximus pengsan akibat kecederaan dialami.

Kemudian dia dibawa ke Zucchabar untuk dijadikan Gladiator oleh Proximo untuk pertandingan. Kehandalan, kebijaksaan dan kekuatan Maximus menarik minat Proximo dan membawanya ke Roman untuk bertanding di sana dan Maximus melihat ini sebagai satu peluang untuk ‘claim’ dendam yang disimpan.

Di Roman, Maximus berjaya membunuh Commodus di gelanggang Gladiator di hadapan rakyat Roman dan telah membersihkan namanya dan membalas dendam.

Apa yang aku dapat daripada filem ini adalah, apabila kebebasan/kegembiraan/kebahagiaan kita diragut baru kita mahu melatah, walhal sebelumnya kita sudah Nampak yang sesuatu buruk bakal berlaku.

Sama seperti hari ini, saat dunia makin meruncing, dan kita selesa bekerja begini, kita ditutup mata untuk terima hakikat bahawa kerja yang kita ada ini paling selamat. Kerja malas atau kerja sambil lewa gaji masih masuk hujung bulan. Cuba kalau gaji itu tiba-tiba masuk lambat atau tak masuk. Baru nak melenting? Baru nak cari alternatif?

KWAP, KWSP, Tabung Haji, semua tabung sudah diceroboh dan kita masih rasa selamat?


Fikir-fikirkan.

Friday, June 12, 2015

Wanita Yang Memberi Inspirasi #1

Sambil halwa telinga aku disumbat dengan muzik-muzik oleh Hans Zimmer; Time(Inception), Stay(Interstellar) dan juga muzik dari Filem Oblivion iaitu Infinity Tales kalau tidak silap, dan juga muzik dari Filem Theory of Everything, aku terbaca kisah seorang wanita berasal dari Sabah yang menjelajah tanpa henti. :D

Muzik yang aku dengar kick aku untuk terus mencari erti hidup yang berbeza (bukan hanya sekadar, kerja, bayar bil dan mati), tambah dengan kisah seorang wanita yang mengambil jalan yang berbeza dengan rata-rata manusia di Malaysia ini.

Makin ramai yang mengambil keputusan untuk melihat dunia daripada sudut berbeza, aku cukup kagum, aku cukup yakin bahawa masyarakat di Malaysia sedang berada dalam keadaan transisi yang sangat menarik.

Faktor-faktor yang membuatkan anak muda atau lebih dikenali sebagai Gen-Y ini sangat berbeza dengan Baby Boomer adalah keberadaan sesuatu generasi dalam Era mana. Gen-Y berada di era informasi yang mana, semua di hujung jari termasuk duit. Duit di hujung jari?

Berbalik kepada Hadhinah Fawwazah, wanita ini betul-betul buat aku rasa yang inspirasi itu paling hebat adalah daripada diri sendiri kemudian ditambah dengan manusia sekeliling kemudian ditambah dengan tokoh-tokoh besar.

Rujuk Facebook Hadhinah untuk inspirasi jiwa anda! Hadhinah Fawwazah

Dan baca post The Vocket ini! 10 tempat pelik di USA

Tahniah Hadhinah! Satu lagi jiwa diinspirasi daripada kisah anda.


*Manusia yang berjasa adalah manusia yang menambah nilai dan inspirasi kepada orang lain.

Oh dan jangan lupa follow blog Hannah! Hannah On Earth.


Wednesday, June 10, 2015

Sahabat Yang Memberi Inspirasi #3


“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.” - Buya Hamka


Sahabat di Sichuan, China. Mazlan namanya. Juga salah seorang graduan BFSU tajaan KPM. Selesai pengajian di Beijing, pulang ke tanah air sama seperti graduan lain, sama seperti aku.

Bezanya kami dan dia adalah, Januari dia ke China semula, mengharam-jadahkan KPM yang mana dia sepatutnya masuk IPG untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang yang ditaja KPM.

Dia merancang untuk tidak bernaung di bawah KPM sejak berada di bumi China lagi. Muka yang mengharam-jadahkan semua orang, lagaknya seperti seorang abang besar membuatkan aku yakin dia seorang yang mampu hidup di bumi Sichuan keseorangan.

Di Beijing, dia aktif menjalankan tugas-tugas yang kami tidak mampu jalankan seperti ibadah korban di Inner Mongolia malahan sekarang di Lanzhou. Kau kalau tak kagum lagi, aku nak cakap yang Mazlan ni satu-satunya Beijing Graduate Mandarin Speaking Malaysian Malay kat sana menjalankan tugas di syarikat yang mahu melaksanakan Halal-Hub.

Dia akan jadi akar umbi antara Malaysia-China woi! Tak kagum lagi, aku hempuk kepala kau!

Kalau hidup, babi pun hidup. Kalau kerja, kera pun kerja. Mereka lagi rileks sebab tak payah bayar bil, mati nanti syurga itu pasti! 

Proud of you Bro!